Wednesday, June 5, 2013

Spice Rack Idea

 
 


Kali ni nak cerita mengenai tempat menyimpan rempah ratus. Pada yang gemar memasak pasti kenal dan tahu kegunaan banyak rempah ratus kan???
Antaranya jintan manis, jintan putih, ketumbar, lada hitam, kulit kayu manis dan macam-macam lagi...
Bila sudah panjang senarainya, pasti memerlukan ruang yang cukup untuk menyimpan semua rempah ratus itu bukan...?
 
 
Jadi, kami ingin kongsikan pelbagai cara seperti di bawah ni ye...


1) Auto-measured Spice Rack-yang ni kira kategori canggih la sebab dah ada sukatan untuk setiap rempah. Bila ada yang canggih macam ni mestilah sesuai untuk diletakkan di counter top kan???



 
 
2) Magnetic Spice Rack-juga dalam kategori canggih dan moden. Tidak memerlukan ruang penyimpan yang banyak. Boleh juga diletakkan di pintu peti sejuk anda. Boleh gunakan kreativiti anda untuk melabel setiap jenis rempah ratus.



3) Spin Spice Rack-tempat penyimpan yang boleh dipusing. Jadi menjimatkan ruang untuk meletakkan rempah ratus. Bekas simpanannya juga kelihatan klasik dan label sudah tersedia.
 


 
4) Tic Tac Box-tempat penyimpan rempah ratus yang murah dan juga kreatif.
 

 
 
5) Penggunaan laci dapur-sekiranya anda mempunyai ruang dapur yang besar, anda boleh DIY tempat penyimpan rempah ratus di dalam laci seperti di bawah. Hanya memerlukan sedikit kerjatangan untuk membuat divider di antara bekas rempah ratus.


1 comment: