Sunday, May 19, 2013

PRACTICAL LAUNDRY BASKET

Enrty kali ni berkaitan tentang laundry basket atau bakul untuk meletakkan pakaian sama ada yang bersih mahupun yang belum dibasuh.

Ada pelbagai jenis dan saiz terdapat di pasaran. Tetapi anda perlu bijak memilih yang mana satu sesuai dengan anda sama ada dari segi warna, bentuk dan juga saiz.

Kami harap entry ini sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi kepada anda sebelum membuat pilihan.
Mempunyai banyak pilihan warna. Mudah alih dan boleh juga digunakan untuk tujuan lain seperti menyimpan mainan kanak-kanak.

Lebih praktikal kerana mempunyai pengasingan. Boleh mengasingkan pakaian mengikut warna ataupun mengikut pemilik pakaian. Mempunyai roda untuk mudah alih.

Jenis ini yang sering digunakan kerana mudah alih dan boleh didapati dengan harga murah. Boleh dilipat jika tidak digunakan lagi.


Jenis ini sesuai bagi anda yang gemar sesuatu yang nampak mewah.

Jenis ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad. Anda juga boleh menjadikan bahagian atasnya sebagai tempat meletak barangan pencuci ataupun tempat melipat pakaian.

No comments:

Post a Comment