Thursday, June 13, 2013

Resepi Puding Karamel Cantik

Kali ini kami nak kongsikan tips bagaimana menghasilkan puding karamel yang gebu dan licin tanpa gelembung-gelembung udara. Puding karamel yang sangat sedap dan pasti anda tak puas menikmatinya nanti...
 
Mula-mula kita tengok gambar dulu ye...
 


Sekarang kita kongsikan resepinya plak ya...
 
 
1 tin susu pekat(kalau taknak manis boleh kurangkan)
1 tin susu cair
1 tin air
Esen vanila(agak2 je)
5-6 biji telur(dibuang mata jernih)
 
1 1/2 cawan gula
3 cawan air
 
Cara-caranya:
 
Goreng gula hingga berubah warna dan tambahkan air, jerang hingga mendidih(simpan dalam fridge semalaman untuk lebih sedap...)
Pukul telur(jangan sampai berbuih) dan campur semua bahan dan kacau sebati
Tuang ke atas gula hangus dan kukus selama 10 minit atau sehingga masak
Kerap lap penutup pengukus bagi mengelakkan air menitis ke dalam puding karamel
5 minit sebelum keluarkan puding, buka penutup pengukus dan biarkan seketika (untuk keringkan air dia atas puding sekiranya ada..)


Kalau anda nak lebih mudah boleh je beli Tepung Ajaib Puding Karamel Cantik di SINI ye...
 
 
Tips ini saya dapat daripada SINI ye kawan-kawan.
 
Selamat Mencuba!!!



No comments:

Post a Comment