Wednesday, May 29, 2013

Cara Melipat Pakaian Di Dalam Beg Semasa Mengembara

 
 
Bagi anda yang gemar mengembara, sudah tentu mahu membawa beg seminima mungkin bukan?
 
Jadi, kami ingin sekali berkongsi dengan anda semua beberapa cara untuk mencapai tujuan di atas.
 
1) Perhatikan cara melipat dan menyusun baju, seluar, kasut dan juga stokin seperti di video di bawah. Kagum sekali melihat lelaki ini memuatkan kesemua barang-barang peribadi beliau ke dalam sebuah beg sahaja...
 
 
 
 
 
2) Anda juga boleh mencuba melipat segala jenis pakaian anda seperti gambar di bawah. Kemas dan menggunakan semaksimum ruang dalam beg. Gambar adalah ihsan dari tuan punya blog klik sini. Terima kasih saya ucapkan ye...
 


 
 
3) Cara ketiga ini amat memudahkan anda untuk mencari sesuatu barang kerana segala barang-barang anda kemas tersusun di dalam satu beg. Jadi tidak lah bersepah-sepah semasa anda mencari sesuatu bukan? Beg seperti ini boleh didapati di jualan secara online seperti di lelong.my
 
 
 
 
4) Haa...yang ini sangat bagus. Iaitu dengan menggunakan plastik pemampat (vacuum plastic). Anda hanya perlu lipat dan asingkan pakaian anda dan masukkan ke dalam plastik dan keluarkan anginnya sama ada menggunakan tangan ataupun vacuum...Mudah kan? 
 

 
 
Setakat ini perkongsian kami mengenai cara melipat pakaian semasa mengembara. Kami harap ianya membantu anda untuk memudahkan perjalanan anda kelak.
 


No comments:

Post a Comment