Monday, July 8, 2013

Tips Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan

Rasanya agak lama tidak kongsi tips percuma di sini. Erm...esok umat Islam akan bertemu sekali lagi dengan bulan penuh baraqah...iaitu Ramadhan. Sudah tentu kita semua ingin kekal cergas seharian walaupun berpuasa bukan???
Jadi kami ingin kongsikan salah satu tips untuk kekal cergas...
 
 
 
Sudah pasti anda pernah nampak kan??? Dan hari ini adalah hari terakhir untuk anda dapatkan dengan harga yang PALING MURAH(cepat klik PALING MURAH) utuk dapatkan potongan harga sehingga 63%.
 
Anda boleh buat smoothie untuk sahur dan berbuka puasa dengan menggunakan Shake N Take ini...Senang aje kan???
 
Anda hanya ada masa HARI INI SAHAJA untuk dapatkan 2 botol pada harga RM58.00(harga asal RM159.00)
 
Jom Kekal Cergas Dengan Shake N Take!
 
 


Thursday, June 20, 2013

Tepung Ajaib (Cake & Cheese Powder)

 
KAMI KONGSIKAN RAHSIA MEMBUAT KEK YANG AMAT MUDAH, CEPAT, JIMAT DAN DIJAMIN SEDAP 100%...
 
TIDAK MEMERLUKAN KOS YANG MAHAL
 
TIDAK MEMAKAN MASA TERLALU LAMA
 
TIDAK MEMERLUKAN ALAT PENYUKAT/PENIMBANG
 
MALAH ANDA BEBAS MEMILIH DEKORASI UNTUK KEK ANDA SENDIRI
 
HANYA DENGAN MENGGUNAKAN TEPUNG AJAIB ANDA MAMPU MENGHASILKAN KEK YANG SEDAP SETANDING PAKAR KEK.
 
ANDA BOLEH DAPATI KESEMUA TEPUNG AJAIB ITU
DI SINI
 

Monday, June 17, 2013

3 Tier Food Steamer: Hadiah dari Sahabat2 di Kelab Sukan Tradewinds

Entry kali ni berkaitan dengan 3 Tier Food Steamer:salah satu dari 2 hadiah dari rakan-rakan Kelab Sukan Tradewinds Malaysia(TCB) sebab tak lama lagi saya akan berhijrah sebagai Home Minister. Tidak lagi bergegas di pagi hari nak ke pejabat kerana saya akan bekerja di/dari rumah...Insya allah. Doakan saya ke kalian... Terima kasih banyak-banyak atas hadiah dan doanya ye...
Meh nak senaraikan nama-nama tulang belakang Kelab Sukan Tradewinds sesi 2011/2012
 
Presiden: Tuan Haji Marzuki Falil
Timb. Presiden 1:Azishahreen Adnan
Timb. Presiden 2: Rashid Roslan
Setiausaha:Yasnani Yassin
Pen. Setiausaha:Diana Mezlin Lokman
Bendahari: Mardiana Alias(saya lah tu, yang akan angkat kaki...hik3)
Pen. Bendahari: Norafizah Abdullah
AJK:Rudzainee/Noraini/Azrina/Teh Seng Huat/Hamidah/Aziz Rabi
Auditor: Norhasnira Mamat/Syed Shariff


From left: Yasnani, Diana Mezlin, Mardiana, Norhasnira, Azrina, Tuan Haji Marzuki/Tenh Seng Huat, Syed Shariff
From Left: Diana Mezlin & Norhasnira...Yang separuh tu Pak Teh...hehehe!
 



 
 
Terima kasih atas hadiah dan doa kalian ye...Insya allah saya akan manfaatkan sepenuhnya pemberian kalian ni ye...
 
Ok sambung semula pasal steamer ni...
  • Sangat bagus steamer ni sebab bertingkat2. Jadi jimat masa kalau nak masak pelbagai masakan dalam satu masa.
  • Steamer ni transparent jadi tak perlu lah nak kena angkat penutupnya tiap kali anda nak check masakan anda. Mudah kan?
  • Jimat masa, sebab anda tak perlu nak tunggu lama bila nak panaskan kukusan
  • Fleksible, sebab bekas pengukus nye pun boleh dibuka kalau anda nak letak makanan yang besar, contoh seekor ayam ke kan...
Nak tengok rupa hadiah tu tak? Hehehe...
 
Tara....
 
 
 
 Hujung minggu lepas, saya dah selamat merasmikan hadiah tu tau...Masak ape ye?
 
Saja try resepi Puding Karamel Cantik dari  SINI ye...
 
Atau nak senang boleh guna Tepung Ajaib Karamel Cantik yang amat mudah...
Boleh jenguk kat SINI plak ye...
 
Selamat Mencuba!


Thursday, June 13, 2013

Resepi Puding Karamel Cantik

Kali ini kami nak kongsikan tips bagaimana menghasilkan puding karamel yang gebu dan licin tanpa gelembung-gelembung udara. Puding karamel yang sangat sedap dan pasti anda tak puas menikmatinya nanti...
 
Mula-mula kita tengok gambar dulu ye...
 


Sekarang kita kongsikan resepinya plak ya...
 
 
1 tin susu pekat(kalau taknak manis boleh kurangkan)
1 tin susu cair
1 tin air
Esen vanila(agak2 je)
5-6 biji telur(dibuang mata jernih)
 
1 1/2 cawan gula
3 cawan air
 
Cara-caranya:
 
Goreng gula hingga berubah warna dan tambahkan air, jerang hingga mendidih(simpan dalam fridge semalaman untuk lebih sedap...)
Pukul telur(jangan sampai berbuih) dan campur semua bahan dan kacau sebati
Tuang ke atas gula hangus dan kukus selama 10 minit atau sehingga masak
Kerap lap penutup pengukus bagi mengelakkan air menitis ke dalam puding karamel
5 minit sebelum keluarkan puding, buka penutup pengukus dan biarkan seketika (untuk keringkan air dia atas puding sekiranya ada..)


Kalau anda nak lebih mudah boleh je beli Tepung Ajaib Puding Karamel Cantik di SINI ye...
 
 
Tips ini saya dapat daripada SINI ye kawan-kawan.
 
Selamat Mencuba!!!



Wednesday, June 5, 2013

Spice Rack Idea

 
 


Kali ni nak cerita mengenai tempat menyimpan rempah ratus. Pada yang gemar memasak pasti kenal dan tahu kegunaan banyak rempah ratus kan???
Antaranya jintan manis, jintan putih, ketumbar, lada hitam, kulit kayu manis dan macam-macam lagi...
Bila sudah panjang senarainya, pasti memerlukan ruang yang cukup untuk menyimpan semua rempah ratus itu bukan...?
 
 
Jadi, kami ingin kongsikan pelbagai cara seperti di bawah ni ye...


1) Auto-measured Spice Rack-yang ni kira kategori canggih la sebab dah ada sukatan untuk setiap rempah. Bila ada yang canggih macam ni mestilah sesuai untuk diletakkan di counter top kan???



 
 
2) Magnetic Spice Rack-juga dalam kategori canggih dan moden. Tidak memerlukan ruang penyimpan yang banyak. Boleh juga diletakkan di pintu peti sejuk anda. Boleh gunakan kreativiti anda untuk melabel setiap jenis rempah ratus.



3) Spin Spice Rack-tempat penyimpan yang boleh dipusing. Jadi menjimatkan ruang untuk meletakkan rempah ratus. Bekas simpanannya juga kelihatan klasik dan label sudah tersedia.
 


 
4) Tic Tac Box-tempat penyimpan rempah ratus yang murah dan juga kreatif.
 

 
 
5) Penggunaan laci dapur-sekiranya anda mempunyai ruang dapur yang besar, anda boleh DIY tempat penyimpan rempah ratus di dalam laci seperti di bawah. Hanya memerlukan sedikit kerjatangan untuk membuat divider di antara bekas rempah ratus.


Monday, June 3, 2013

Lunch Box for Your Little One


Anak anda seorang picky eater?
Pening kepala fikir bagaimana cara nak pikat anak anda supaya suka makan?
Mungkin bukan sebab anda masak tak sedap yang menyebabkan anak tak mahu makan.
Mungkin cara kita hidang makanan itu yang membuatkan anak tidak tertarik untuk makan???
 
Boleh jadi jugak kan...?
 



Berikut adalah cadangan untuk pikat anak anda supaya suka pada makanan. Usaha tangga kejayaan wahai para ibu yang bijak!
 
1) Guna bekas makanan yang berwarna-warni

 
 
Fuh, penuh dengan warna-warni...Daripada makanan hingga lah ke bekas makanan. Kalau kita buat macam ni agak-agak nak tak anak-anak kita makan ye? Belum cuba belum tahu kan...
 
 
2) Guna food cutter/bread or egg mould untuk bentuk makanan anak anda supaya kelihatan menarik
 

 
 
3) Boleh juga guna food picks yang comel-comel untuk tarik minat mereka untuk makan
 
 
 
 
4) Susun makanan dalam bekas muffin yang kecil supaya anak-anak tak sedar akan kuantiti dan jenis makanan
 

 
 
5) Buat kejutan untuk anak anda dengan nota makan tengahari yang cantik macam yang di bawah ni. Tentu mereka suka dan akan simpan buat koleksi.

 
 
 

 Boleh cuba nanti dan kongsikan pengalaman anda bersama-sama kami di ruangan komen ye...
 
Good Luck Mommies!

 
 
 

 

Friday, May 31, 2013

Smart Food Storage

Anda suka tak dapur yang tersusun kemas dan cantik??? Sudah tentu jawapannya YA bukan?
 
Ini adalah salah satu cara JIMAT bagaimana nak jadikan dapur anda tersusun kemas. Bukan sahaja dapur malah peti sejuk anda juga boleh tersusun kemas dan seragam...
 
TAK PERCAYA...???
 
Cuba tengok gambar di bawah ni. Anda nampak ada banyak bekas-bekas makanan bukan? Cuba anda kira ada berapa...Semuanya ada 24 bekas!!!
 
 
Anda agak berapa kos beli bekas sampai 24 biji ni ye??? Tak mahal pun, kos nya hanya RM48.00 sahaja??? Biar betul...
 
Tapi kalau banyak sangat bekas, bagaimana pula nak jimatkan ruang penyimpan kan??? Tak jadi masalah langsung kalau anda beli produk ni sebab dia dah mudahkan anda...Anda nampak tak di tengah-tengah tu macam ada benda bulat berkaki...(hehehe...nampak tak?)
 
Ha, itu lah tempat menyimpam bekas-bekas makanan yang banyak ni...Tak makan ruang langsung...
 
TAK PERCAYA JUGA...???
 
Tengok video ni pulak ok...
 
 

 
Jadi anda percaya sekarang yang kami berkata benar dan sesungguhnya adalah benar???
 
Jadi nak beli kat mana ni...Erm, jom klik link ini sekarang ya...sebab anda ada masa hanya beberapa hari je nak rebut beli bekas-bekas makanan ni...